| HEBAT... Arsenal cuba dapatkan Deulofeu sama seperti Fabregas. |
Arsenal sekali lagi membuatkan Barcelona berang apabila cuba mendapatkan pemain akademi mereka, Gerard Deulofeu. Ini dibuktikan lagi dengan ketua pemerhati Arsenal, Steve Rowley yang menyaksikan pemain muda berusia 17 tahun ini beraksi untuk pasukan bawah 19 tahun Sepanyol.
![]() |
| LA MASIA... Terus hasilkan pemain berkualiti untuk Barcelona dan Sepanyol. |
Deulofeu dikaitkan dengan Ronaldinho dan Lionel Messi dipantau Rowley dengan merancang mendapatkannya sebelum berusia 18 tahun 18 Mac tahun depan. Arsenal dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap undang-undang di Sepanyol yang melarang pemain muda menandatangani kontrak profesional sebelum berusia 18 tahun sama seperti cara mereka mendapatkan Fabregas pada 2003 yang berusia 13 tahun.
| DICURI... Hector Bellarin dan Miguel Torral kini bersama Arsenal. |
Bulan lepas sahaja Arsenal telah mendapatkan dua pemain La Masia (Akademi terulung Barca) yang berusia 16 tahun iaitu Hector Bellerin dan Jon Miguel Toral Harper. Nampaknya Barca perlu mengambil tindakan sewajarnya sebelum pencuri ini terus mencuri produk akademi mereka saban tahun. Setakat ini, pemain muda yang berjaya dari produk akademi Arsenal hanya Jack Wilshere dan Ashley Cole. Selebihnya hanya sekadar pemain biasa.

Social Plugin