![]() |
| JUARA EROPAH... Beberapa pemain perlu dikorbankan untuk membawa Fabregas pulang. |
Agak mengejutkan apabila Barcelona mengumumkan pengurangan budget perpindahan kepada £40 juta. Itulah yang cuba dilakukan Javier Faus, Naib Presiden Barcelona. Menurutnya, keuntungan pada musim lepas sedikit berkurang jadi kelab terpaksa mengambil langkah berjimat dalam perbelanjaan masa hadapan.
| HAMPA... Musim demi musim tanpa piala pendorong Fabregas tinggalkan Arsenal. |
Berita ini jelas mengejutkan dan menghampakan kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang mahu pulang ke Barcelona. Arsenen Wenger meletakkan harga £50 juta untuk membawa keluar Fabregas. Ada dua jalan yang boleh dilakukan iaitu Barca terpaksa menjual pemain untuk menampung kos pembelian atau Fabregas sendiri mengugut untuk keluar dari Arsenal melalui undang-undang Bosman. Antara nama disebut bakal dijual adalah Jeffren, Bojan dan Maxwell.

Social Plugin