BARCA TEWASKAN UNITED LAGI!

JADI REBUTAN... Kebbie mengembangkan bakat ke Sepanyol bersama Barcelona.
Barcelona berjaya menewaskan United sekali lagi namun bukan perlawanan bola sepak tetapi perebutan mendapatkan pemain berbakat Leeds United, Elliott Kebbie, 16. Pemain sayap ini pernah menjalani percubaan di United tetapi tiada sebarang rundingan dilakukan pihak Ferguson namun pemain ini pantas disambar Barca apabila menjalani latihan di akdemi teragung Barca, La Masia.

LA MASIA... Adakah akademi ini mampu matangkan Kebbie sebagai pemain bola sepak?
Tahun lalu, media Inggeris pernah menbuat rumusan bahawa United menawarkan 1 juta pound untuk pemain sayap ini namun ia segera dinafikan Leeds United menerusi pengerusinya, Ken Bates yang nyata berang dengan cubaan United 'mencuri' pemain muda kelab ke kelab mereka, Luke Garbutt, 14. Kes ini akan dibicarakan di tribunal pada hari Isnin ini. Berapa ramai lagikah pemain muda akan dicuri kelab besar?