AKSI UNIK PENGURUS BOLA SEPAK DI EROPAH

Dalam perlawanan bola sepak, kita sering menyaksikan pelbagai gelagat dan telatah pemain baik di padang mahupun di luar padang. Namun adakah kita perasan gelagat pengurus di luar padang tidak kiralah sama ada mereka melepaskan geram mahupun menyambut gol dijaringkan pasukan?

STEVE MCLAREN... Takut dibaling mercun menjadi sebab dia berpayung?
Namun, ada sesuatu yang hebat sentiasa dilakukan pengurus yang dibenci ramai, Jose Mourinho. Aksi yang dirakamkan adalah ketika Porto menjaringkan gol menentang Manchester United di Estadio Dragao. Dari tepi padang, Mourinho berlari dan menggelungsur menggunakan lututnya sambil menggenggam tangan.

PELIK... Mourinho sentiasa melakukan sesuatu yang menarik perhatian.
Tentunya ramai yang perasan reaksi pengurus Manchester United ini apabila pasukannya tewas atau melepaskan gol. Mukanya akan berubah menjadi merah dengan tiba-tiba. Macam nak telan orang pun ada.

MERAH.. Ferguson menahan marah apabila pasukannya tewas.
Banyak lagi sebenarnya aksi pengurus pasukan yang dirakamkan. Selebihnya akan disiarkan pada post yang berikutnya. Agak-agaknya, masihkah anda ingat tangan Ferguson menggigil melihat aksi United 'diperbudakkan' Barca semasa perlawanan akhir Liga Juara Juara 2011?