JADILAH PENJAGA GOL YANG TELITI

Dek kerana gopoh dan terlalu gembira kerana percaya pasukannya layak dipromosi membawa padah apabila bola sepakan penalti lawan yang terkena palang dan melantun ke depan sebelum bergolek perlahan masuk ke gawang. Ini berlaku semasa penentuan sepakan penalti selepas pasukan divisyen tujuh Itali, Termeno dan Dro  terikat 4-4 selepas masa tambahan.

Insiden lucu ini berlakau ketika pemaian Termeno, Michael Palma mengambil sepakan terakhir untuk menyamakan kedudukan sepakan penalti namun sepakannya terkena palang. Sebaik melihat bola terkena palang dan melantun ke hadapan, penjaga gol Dro, Loris Angeli berlari ke arah rakan sepasukan untuk diucapkan tahniah namun ketika itu juga bola yang terkena palang melantun perlahan masuk ke gawang gol. Pengadil mengesahkan jaringan itu.

Menambah malang Angeli, sepakan penalti rakannya selepas itu tersasar manakala Dro menyempurnakan penalti terakhir untuk memberikan mereka slot promosi. Adakah perkara sebegini berlaku di Malaysia?

Sayangilah pasukan anda seperti anda sayangi isteri anda!