KELAYAKAN OLIMPIK: LUBNAN 0 MALAYSIA 0

MASIH BERPELUANG... Keputusan di Beirut memberi keyakinan kepada pasukan Olimpik kebangsaan.
Keputusan pusingan kedua kelayakan Olimpik menyaksikan Malaysia seri tanpa jaringan dengan Lubnan di Beirut. Anak buah Ong Kim Swee berjaya mempertahankan gawang mereka dari dibolosi pemain Lubnan dengan Malaysia mempamerkan corak serangan balas. Ianya dilihat hampir berhasil sekiranya penyerang skuad Olimpik berjaya memanfaatkan peluang di depan gol. Dengan keputusan ini, Malaysia perlu memastikan kemenangan dalam perlawanan timbal-balik dan mengelakkan pasukan Asia Barat ini dari menjaringkan gol. Malaysia Boleh! Tanah Tumpah Darahku!