MANCHESTER CITY DAPATKAN ANAK LAGENDA UNITED

COLE... Adakah Devane Cole akan meneruskan legasi bapanya di City of Manchester Stadium?
Pasukan kaya, Manchester City mengharapkan munculnya Andy Cole kedua selepas berjaya mengikat kontrak bersama anak lagenda United, Devante Cole untuk jangka masa panjang. Cole adalah pemain tetap skuad Bawah 16 England akan menghabiskan musim dengan biasiswa yang ditawarkan dan berpeluang menandatangani kontrak profesional apabila umurnya genap 17 tahun kelak.