| BERBAKAT... Martinez bakal mengemudi Aston Villa pada musim depan. |
Nampaknya Steve McLaren dan Mark Hughes perlu melupakan hasrat mereka bagi menjadi bos di Villa Park selepas pengerusi kelab, Randy Lerner dilihat sangat berminat dengan pengurus termuda Liga Perdana Inggeris (LPI) ini. Pemilik Wigan, Dave Whelan dilihat tidak menghalang hasrat Martinez untuk ke Merseyside dan menyokong penuh bekas pengurus Swansea City itu.
Martinez yang kini bercuti di Barbados bakal menyelesaikan isu berkaitan kontrak bersama Villa apabila pulang ke England. Pengurus berbangsa Sepanyol ini telah dua musim bersama Wigan dan berjaya menyelamatkan pasukan dari penurunan divisyen dan sekiranya menyertai Villa, martinez sekali lagi berhadapan tugas getir mengekalkan pemain bintang disamping mempunyai sumber kewangan yang terhad. Persoalannya, mampukah Martinez memikul tanggungjawab berat di Villa?
Social Plugin