Mourinho intai 'kebas' Chicharito


"Javier Hernandez tidak akan kemana-mana" tegas Ferguson. Kenyataan ini dibuat selepas khabar dari Sepanyol yang menyatakan Real Madrid membuat pertanyaan mengenai pemain muda Mexico ini.

Persembahan  cemerlang Hernandez pada musim sulungnya di Old Trafford telah menarik minat pemerhati bola sepak dunia.

Real Madrid dikatakan bersetuju membayar yuran perpindahan termasuk pertukaran samada Karim Benzema ataupun Gonzalo Higuain.

Hernandez menjaringkan 20 gol musim lalu kini menjadi prospek hangat dan mungkin akan meminta penambahan gajinya yang kini hanya 40 000 pound seminggu.

Foto: Getty Images