Chelsea perkenal jersi kedua


Chelsea akhirnya melancarkan jersi tempat lawannya untuk musim 2011/12. Rekabentuk jersi ini sudah lebih awal dibocorkan oleh pihak tertentu namun dengan pelancaran secara rasmi ini telah memberikan gambaran jelas kepada peminat The Blues jersi pasukan mereka.
Warna turquoise berbentuk kotak yang seakan-akan 'striking' dipadankan dengan warna hitam sebagai warna asal jersi. Untuk makluman, jersi ini akan dipakai semasa Trofi Barclays Asia menentang juara Hong Kong, Kitchee pada 27 Julai nanti. Adakah peminat The Blues berpuas hati dengan rekabentuk jersi ini?