SESUATU YANG INDAH DI MERSEYSIDE

MERSEYSIDE... Dua stadium dalam satu kawasan yang berhampiran.
Peminat The Reds selalu menantikan perlawanan penting menentang jiran mereka, Everton. Namun, kita sebagai bukan rakyat England tidak perasan akan perkara ini. Kadang-kadang kita pelik kalau berlakunya pergaduhan 'Hooligan' di sana. Sesuatu permandangan yang menarik dirakamkan oleh jurufoto apabila dapat mencungkil rahsia pertembungan yang membuatkan penyokong bergaduh, menangis dan sebagainya. Jawapannya mudah, mereka bukan sahaja berjiran tetapi tinggal di kawasan yang sama. Yang membezakan adalah warna apa yang anda pilih, biru atau merah!