SHEARER TOLAK CARDIFF

SHEARER... Tak minat uruskan pasukan Liga Championship.
Lagenda Toon. Alan Shearer menolak tawaran yang dikemukan pasukan milik rakyat Malaysia, Cardiff City selepas perbincangan yang diadakan bersama pemilik, Dato Chan Tien Ghee semalam. Apa yang dapat diperhatikan dari kenyataan Shearer, mungkin tuntutan dana perpindahan dan gaji menjadi sebab penolakan Shearer.

CARDIFF... Kebudayaan Malaysia diadaptasikan oleh pemilik Cardiff sebelum perlawanan.
Dengan penolakan itu, Cardiff terpaksa beralih kepada sasaran lain bagi menggantikan Dave Jones yang dipecat musim lalu kerana gagal membawa pasukan layak ke Liga Perdana Inggeris. 

BERCITA-CITA TINGGI... Chan mahukan Cardiff layak ke LPI musim hadapan.
Antara nama yang menjadi pilihan mengisi kerusi panas Cardiff adalah bekas pengurus Newcastle, Chris Hughton, Malky Mackay, Billy Davies dan Mark Robin. Dikhabarkan Dato Chan Tien Ghee memberikan dana £20 juta untuk pembelian pemain. Adakah ini tidak mencukupi untuk pasukan Championship?