AKSI MEMBANGGAKAN PILIHAN MALAYSIA

SEKAT... Torres masih ketandusan gol ketika menentang Malaysia.
Syabas! Itulah ungkapan sesuai diberikan kepada Pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan menentang Chelsea malam tadi. Walaupun tewas menerusi gol kontroversi Didier Drogba, pemain muda negara serta beberapa pemain senior harus diberikan pujian tatkala Chelsea kebuntuan jaringan.

FARIZAL MARLIAS... kecemerlangannya sekat Chelsea.
Paling menyerlah, penjaga gawang negara, Farizal Marlias yang kebal digawangnya sehinggalah digantikan Izham Tarmizi. Mungkin K.Rakagobal perlu memandang bakat penjaga gol ini tatkala Sharbinee Allawee sering melakukan kesilapan mudah. 

BERI SOKONGAN... ayuh tunjukkan cintakan negara dengan sokongan tidak berbelah-bagi.
Ketika ini, pasukan kebangsaan, Harimau Malaya sudahpun berada di Kota Singa sambil beberapa buah bas penyokong Malaysia terdiri dari Ultras Malaya bakal menuju ke Stadium Jalan Besar awal pagi esok. Sama-sama kita berikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Tanah Tumpahnya Darahku!