ARSENAL ASIA TOUR: MALAYSIA IX 0 ARSENAL 4


Gergasi bola sepak Inggeris, nyata bukan tandingan Malaysia selepas pasukan Harimau Malaya tewas 0-4 menerusi jaringan Aaron Ramsey, Theo Wallcot, Carlos Vela dan Tomas Rosicky. Namun, agak menyedihkan apabila melihat penonton (rakyat Malaysia) yang memakai jersi Arsenal mem'boo' Aidil Zafuan Abdul Razak. Tidak salah kalau mahu menyokong pasukan kegemaran tapi kemana tumpahnya darah mereka kalau bukan Malaysia? 

MAHALI... diasak oleh Miyaichi dan Jack Wilshere.
LEPAS... Amar Rohidan cuba melepasi halangan Theo Walcott.