ALVARO PEREIRA... sambut gol Uruguay bersama rakan sepasukan. |
Pasukan pilihan, Uruguay sekali lagi mencatatkan keputusan seri, kali ini menentang Chile. Ini meletakkan Peru layak ke peringkat suku akhir selepas gol Paolo Guererro pada sepuluh minit terakhir perlawanan menentang pasukan muda Mexico.
CHILE... gembira kutip satu mata menentang Uruguay. |
Juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir manakal dua pasukan terbaik di tangga ketiga turut layak ke suku akhir. Mexico telahpun terkeluar dari saingan selepas hanya membawa pasukan kedua mereka dan dibimbing penolong jurulatih. Tindakan ini menunjukkan Juara Piala Emas CONCACAF itu seolah-olah memperendahkan taraf kejohanan ini. Adakah kejohanan berprestij Amerika Selatan ini sudah hilang serinya?
Social Plugin