NASRI REBUTAN TIGA GERGASI INGGERIS

NASRI... jadi rebutan tiga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris.
Ketika Manchester City penuh yakin bahawa mereka akan berjaya mendapatkan pemain kreatif Arsenal, Samir Nasri, Chelsea dikhabarkan membuat tawaran saat akhir bagi memintas usaha City. Tawaran bernilai £19 juta dijangka bakal membawa Nasri keluar dari Emirates namun kini City terpaksa bersaing dengan Chelsea dan Manchester United. Namun, setakat ini, United masih belum membuat tawaran rasmi.

KAPTEN... Tevez cari penyelesaian terbaik bagi masalah keluarganya.
Dalam pada itu, Manchester City perlu mencari pengganti kapten, Carlos Tevez secepat mungkin setelah penyerang Argentina itu menyatakan keinginannya keluar dari kelab kerana masalah berjauhan dengan keluarganya. Siapakah pengganti Tevez di City dan mammpukah penyerang itu beraksi sebaik Tevez di Eastland