PATRICK VIEIRA BERSARA NAMUN KEKAL DI MANCHESTER

LAGENDA... Vieira pernah beraksi untuk empat kelab gergasi Eropah.
INTER MILAN... pernah mendapat sentuhan Vieira.
Lagenda dan bekas kapten pasukan Invincible Arsenal, Patrick Vieira mengumumkan persaraannya dari bola sepak, hari ini pada usia 35 tahun. Juara Piala Dunia ini membuat keputusan selepas kontraknya bersama Citizen tamat musim lepas. Kini Vieira dilantik sebagai Eksekutif Pembangunan Bola Sepak Manchester City. Dunia bola sepak pastinya merindui aksi bekas pemain Arsenal, Manchester City, Inter Milan dan Juventus ini. Terima kasih Vieira kerana menghiburkan kami sepanjang karier anda!


JUARA... Vieira akan dikenang sebagai lagenda Arsenal sepanjang zaman.