"Berjuanglah, pahlawanku, satulah tekad semangatmu,
Kami rela korban nyawa, demi Daulat Negara tercinta"
Biarlah kata-kata semangat ini mengiringi keberangkatan wira Piala Suzuki AFF 2010, Harimau Malaya ke Kota Singa. Walaupun Singapura melancarkan perang psikologi apabila memperuntukan hanya 500 tiket sahaja. Alasannya mudah. Perlawanan dilangsungkan di Stadium Jalan Besar yang hanya mampu memuatkan 6 000 penonton pada satu-satu masa.
Namun, diharapkan semuanya tidak memberikan sebarang kesan kepada moral pasukan kebangsaan yang akan bertolak esok (21 Julai) ke Singapura dimana ia dilakukan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan padang di sana. Malaysia akan menentang Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apa-apa pun, rombongan Harimau Malaya tidak akan tempang apabila 'ekor' Harimau Malaya, Ultras Malaya telah bersiap sedia ke Kota Singa memberikan sokongan.
Kepada peminat tempatan yang tidak dapat turut ke Singapura, anda bolehlah menonton siaran langsung di Astro Arena, 801. Diharapkan puluhan ribu penonton akan turun sama-sama ke Bukit Jalil memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan pada 28 Julai ini.
![]() |
HARIMAU MALAYA... catat sejarah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia selepas lebih 30 tahun. |
Tiket boleh didapati melalui laman web Tiket Hotline manakala kaunter tiket di Stadium MBPJ, Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional akan mula dijual pada 26 dan 27 Julai pada 9 pagi hingga 7 malam dan di Stadium Nasional sahaja pada 28 Julai bermula jam 9 pagi. harga tiket adalah Rm 50 untuk grandstand, RM30 Terbuka dan RM5 (Bawah 12 Tahun). Bersama-samalah kita turun memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Tanah Tumpahnya Darahku!
Social Plugin