TONY FERNANDES MAHU QPR

TONY FERNANDES... cubaan kedua berli kelab Inggeris selepas gagal dapatkan West  Ham.
Penyokong Hammers yang juga taikun penerbangan Asia, Datuk Tony Fernandes dikhabarkan mahu membeli juara N-Power Championship musim lepas, Queen Park Rangers (QPR). Selepas gagal mendapatkan West Ham musim lalu, Tony sekali lagi cuba membeli kelab LPI dengan tawaran dikhabarkan £100 juta sudah cukup untuk membeli saham pasukan yang berpangkalan di London itu.

ECCLESTON... sedia menjual QPR jika mendapat tawaran £100 juta.
Pemilik dan pemegang saham terbesar QPR, Bernie Ecclestone berkata tawaran £100 juta sudah cukup untuk membeli kelab itu daripadanya. Untuk rekod, Ecclestone memegang 62% saham kelab dan selebihnya dimiliki Flavio Briatore dimana beliau turut akan menjual sahamnya jika Ecclestone menjual saham pemilik Formula 1 itu. 

JUARA... QPR menjuarai Liga Kejohanan musim depan dan berusah kekal di LPI.
Tony turut diberitakan bercakap dengan pengurus kelab, Neil Warnock mengenai dana perpindahan bagi mengekalkan pasukan di LPI musim depan. Selepas Datuk Chan Tien Ghie memiliki Cardiff, andai Tony berjaya menawan kelab Barat London ini, peluang untuk pemain muda Malaysia berhijrah ke England semakin terbuka luas dan ia sebenarnya membantu perkembangan bola sepak negara dan matlamat untuk layak ke Piala Dunia 2020 akan tercapai. Teruskan usahamu Datuk Tony Fernandes.