GEMBIRA... Tony tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya memiliki QPR. |
Kelab Inggeris berpengkalan di London, Queen Park Rangers (QPR) hari ini secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan kelab oleh jutawan penerbangan dan ketua pasukan F1 Lotus, Datuk Tony Fernandes. Ini menjadi Tony sebagai jutawan Malaysia kedua membeli kelab Inggeris selepas Datuk Chan Tien Ghee membeli kelab Wales, Cardiff City.
SELESAI... saga pemilikan QPR lebih mudah dari cubaan mendapatkan West Ham United. |
Dengan ini, peluang untuk pemain Malaysia menuntut di Eropah semakin terbuka luas. Mungkin Tony juga perlu mencontohi Chan yang mengadakan kerjasama pembangunan bola sepak remaja menerusi projek komuniti 1Malaysia Cardiff City. Masih sempat rasanya andai beberapa pemain muda berbakat negara diberikan peluang di England sebelum tirai perpindahan ditutup 1 September nanti.
BERCITA-CITA... Tony berhasrat membawa beberapa nama penting ke London. |
Tony menerusi kenyataannya selepas pemilikan berkata beliau akan menyediakan dana membawa beberapa pemain baru ke QPR sambil pengurus sedia-ada, Neil Warnock terus diberikan kepercayaan mengemudi kelab. Antara nama besar sasaran QPR adalah Scott Parker dan Shaun Wright-Phillips. Mampukah QPR kekal di divisyen teratas ini musim depan di bawah pemilikan Tony?
Social Plugin