Musim baru akan bermula pertengahan bulan ini. Persiapan pra-musim telahpun diharungi setiap pasukan. Namun, beberapa pengurus telahpun merasakan hangatnya liga apabila diingatkan supaya menepati sasaran yang ditetapkan pemilik kelab. Mereka hanya ada masa hingga Januari untuk membuktikan kemampuan mereka atau ditunjukkan jalan keluar. Berikut adalah pengurus yang berdepan tekanan hebat musim ini:-
TEKANAN... Wenger perlu menamatkan kemarau enam musim tanpa piala Gunners. |
ARSENE WENGER (ARSENAL)
Sasaran: Layak ke Liga Juara-Juara dan menamatkan kemarau trofi
DAGLISH... prestasi terumbang-ambing The Reds semasa pra-musim perlu diperbaiki segera. |
KENNY DAGLISH (LIVERPOOL)
Sasaran: Sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-Juara
AVB... tekanan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pasti dirasainya. |
ANDRE VILLAS-BOAS (CHELSEA)
Sasaran: Memberi cabaran kejuaraan LPI dan menjuarai Liga Juara-Juara
MANCINI... tugasan LPI adalah misi terpentingnya musim ini. |
ROBERTO MANCINI (MANCHESTER CITY)
Sasaran: Layak ke Liga Juara-Juara dan mencabar kejuaraan liga.
RODGERS... rentak cemerlang di Liga Kejohanan perlu diteruskan di LPI andai mahu kekal di Swansea. |
BRENDAN RODGERS (SWANSEA CITY)
Sasaran: Kekal di LPI
LAMBERT... tugasan sukar kekalkan Norwich di LPI musim ini. |
PAUL LAMBERT (NORWICH CITY)
Sasaran: Kekal di LPI
Social Plugin