UNITED, AC MILAN JUARA!

JUARA... pemain AC Milan gembira meraikan kejayaan meraih Piala Super Itali 2011.
Minggu lalu, terdapat dua perlawanan 'akhir' untuk juara piala dan liga berentap merebut trofi yang dipertandingkan sebagai pembuka musim. Di China, AC Milan menunjukkan kemantapan pasukan mereka apabila membenam cabaran Inter Milan, 2-1 menerusi gol Zlatan Ibrahimovic dan Kevin Prince Boateng sambil gol Inter disumbangkan oleh Wesley Sneijder. Ini menyaksikan trofi Piala Super Itali berpindah milik ke Milan.
JUARA... kapten United, Nemanja Vidic dan rakan sepasukan meraikan kemenangan United.
Skrip berbeza di Stadium Wembley apabila anak buah Alex Ferguson bangkit dari ketinggalan dua gol Manchester City untuk menang 3-2 hasil permainan cantik dan gol oleh Chris Smalling dan dua gol oleh pemain sayap Portugal, Nani. Kemenangan ini mengekalkan trofi Perisai Komuniti di Old Trafford. Mampukan pasukan lain memintas United musim ini?

HIGHLIGHT PIALA SUPER ITALI 2011


HIGHTLIGHT PERISAI KOMUNITI 2011