Tepat 12.00 malam, 1 September lalu menandakan berakhirnya jendela perpindahan pemain bagi kebanyakan kelab di Eropah. Bagi peminat bola sepak dunia, hari terakhir jendela perpindahan adalah waktu yang paling dinantikan kerana inilah masa dan peluang terakhir mana-mana kelab bagi memeperkuatkan barisan sedia-ada.
Beberapa perpindahan yang dijangka dan tidak dijangka berlaku pada musim panas 2011. Namun, paling menarik perhatian adalah usaha berterusan mengekalkan pemain want away, Luka Modric berjaya selepas tawaran terakhir £40 juta Chelsea ditolak pengerusi, Daniel Levy. Berikut adalah Senarai 10 teratas perpindahan pemain pada hari terakhir jendela perpindahan.
JOE COLE KE LILLE
PERANCIS... adalah ini jalan selamat dari mimpi ngeri di Anfild buat Cole? |
~ Pemain berkelas tinggi pertama berpindah di hari terakhir perpindahan dari Liverpool selepas musim yang menyiksakan di Anfield. Cole menjadi pemain terbaru dari England mencuba nasib di luar negara.
SCOTT PARKER KE TOTTENHAM HOTSPURS
BERHIJRAH... ke Spurs untuk lebih peluang beraksi untuk pasukan kebangsaan. |
~ Pemain tengah antarabangsa England ini dijangka meninggalkan pasukan penyingkiran, West Ham United lebih awal namun ianya memakan masa 24 jam sebelum perpindahan ditutup bagi Harry Redknapp mendapatkan pemain kegemarannya ini.
MIKEL ARTETA KE ARSENAL
PINDAH... Arteta calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabregas dan Nasri. |
~ Akhirnya tiba masanya Arsene Wenger bertindak pada hari terakhir perpindahan selepas perlawanan ngeri di Old Trafford. Penambahan Arteta ke skuad Gunners pastinya menutup kekurangan kreativiti di jentera tengah Arsenal.
CRAIG BELLAMY KE LIVERPOOL
YOU'LL NEVER WALK ALONE... Bellamy kembali ke Anfield atas pujukan Daglish. |
~ Ia seakan kelab seperti Queen Park Rangers dan Stoke City dikaitkan dengan penyerang tebiar Manchester City, Craig Bellamy namun hari terakhir sangat mengejutkan apabila Bellamy kembali ke Anfield atas faktor King Kenny, idolanya sejak kecil.
RAUL MEIRELES KE CHELSEA
TUKAR ANGIN... Meireles kembali berkerjasama dengan AVB di Chelsea. |
~ Satu perpindahan mengejutkan bola sepak Inggeris. Meireles hanya mengemukakan permohonan perpindahan beberapa minit sebelum tamatnya waktu perpindahan. Sebaik mengetahui hal ini, Chelsea dengan pantas bertindak dan membawa Meireles ke kota London.
OWEN HARGREAVES KE MANCHESTER CITY
HARGREAVES... masih mahu beraksi bersama pasukan besar walaupun dilepaskan United. |
~ Dilepaskan oleh kelab seteru, Manchester United, Hargreaves yang sering berada di bilik rawatan menyertai Manchester City setelah berjaya meyakinkan pengurus, Roberto Mancini akan kecergasannya. Satu perpindahan percuma yang mengejutkan.
PETER CROUCH KE STOKE CITY
UBAH HALUAN... kehadiran Adebayor bataskan aksi Crouch di Spurs. |
~ Ketibaan Emmanuel Adebayor secara pinjaman ke White Hart Lane membuatkan Spurs rela melepaskan Crouch ke Stoke. Ia menyaksikan Stoke City menyempurnkan perpindahan lewat beberapa minit sebelum pintu perpindahan ditutup dan ia mencatat rekod kelab bagi bayaran yuran pemain.
SCOTT DANN KE BLACKBURN ROVERS
DANN... tinggalkan Birmingham untuk aksi peringkat tertinggi di LPI. |
~ Kerapuhan benteng Blackburn pada permulaan musim menjadi punca kenapa pemain ini sangat diperlukan di Ewood Park. Pertahanan muda ini berpindah dari Birmingham City dengan dikaitkan perpindahan ke Tottenham dan Liverpool sebelum menyertai Blackburn.
BRYAN RUIZ KE FULHAM
PANGGILAN LONDON... berhijrah ke LPI bagi mengembangkan bakatnya di Eropah. |
~ Pemain ini belum cukup dikenali di England namun bakat yang dimiliki pemain sayap Costa Rica ini cukup menghadirkan persaingan sengit antara kelab Inggeris. Kesudian Fulham membayar £10 cukup membawa Ruiz ke LPI dan London.
DIEGO FORLAN KE INTER MILAN
MENGEJUTKAN... perpindahan Forlan ke Inter sebagai pengganti Eto'o. |
~ Perpindahan paling mencuri tumpuan pada hari terakhir perpindahan. Penyerang antarabangsa Uruguay ini membilang harinya di Atletico sebelum berpindah ke Milan bersama Inter bagi menggantikan penyerang, Samuel Eto'o yang berhijrah ke Rusia.
Social Plugin