| PUAS... Fabregas terus mengukir namanya dalam sejarah kelab. |
Inilah yang dimahukannya! Segala kepuasan dan keseronokkan bola sepak dirasai pemain kelahiran akademi La Masia ini. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Untuk menyalahkannya meninggalkan Arsenal musim ini bukan lagi persoalan kerana telah terjawab dengan noktah yang sempurna.
Nyata keserasiannya bersama skuad Catalan ini sukar dinafikan. Dimana sahaja Fabregas begerak, pasti bola akan sampai ke kakinya. Gandingan bersama Xavi Hernandes, Sergio Busquet, Seydou Keita dan Andress Inniesta sukar dibendung mana-mana jentera tengah lawan mereka. Hantaran pendek dan kebijaksanaan mengawal permainan dan tempo tidak disia-siakan.
| LA MASIA... Fabregas (dalam bulatan) ketika bersama skuad remaja Barcelona . |
Nilai £34 juta yang dibayar Barca nyata dua kali lebih murah dari harga sepatutnya. Namun, ia tidak menjadi apa-apa masalah buat Fabregas apabila meraih dua trofi (Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah), kegagalan lapan tahun di London ditebus dalam kurang sebulan di Nou Camp.
Semalam, Fabregas terus mengukir namanya di FC Barcelona apabila muncul pemain baru paling banyak menjaringkan gol dalam setiap perlawanan (4 gol, 4 penampilan). Rekod itu akan dilebarkan andai Fabregas konsisten dengan aksi yang dipamerkannya. Tidak mustahil juga andai Fabregas bakal mengambil lilitan lengan dari Carles Puyol dalam beberapa tahun lagi.
Social Plugin