Setiap pemain bola sepak pastinya mengimpikan karier cemerlang dalam bola sepak mereka lebih-lebih lagi andai dapat sertai kelab kesayangan sejak dari akademi. Pemain sayap Wales, Ryan Giggs sangat beruntung apabila menyertai akademi United dan diasah bakatnya dengan sempurna sifu, Sir Alex Ferguson. Dengan karier cemerlang di Old Trafford, Giggs bakal meletakkan namanya sebaris beberapa pemaian yang digelar one man heroes. Kenali pemain yang setia bersama kelab sejak awal karier bola sepak mereka.
LEV YASHIN (DYNAMO MOSCOW)
![]() |
| YASHIN... The Black Spider gelaran atas kecekapannya di gawang Soviet mahupun Dynamo. |
Sebut saja namanya, sudah tentu dikenali peminat bola sepak dunia. Manakan tidak aksi bagai Spiderman mengawal gawangnya dari dibocori menjadi satu tarikan peminat datang menyaksikan aksi Yashin.
GEORGE COHEN (FULHAM)
| COHEN... skuad pemenang Piala Dunia England 1966. |
Mungkin ada sesetengah peminat bola sepak tempatan kurang mengenali pemain berdarah Yahudi ini. Namun, perbandingan ketara Cohen dan Gary Neville adalah Cohen adalah pemenang Piala Dunia 1966 England namun Neville gagal dalam usahanya walaupun mereka bermain di posisi yang sama.
BILLY WRIGHT (WOLVERHAMPTON WANDERERS)
| PIALA FA... Wirght bersama piala yang dimenangi pada 1949. |
Skipper England paling banyak mengetuai Three Lions (90 kali), Billy Wright adalah pemain setiap di Wolves. Beliau merupakan pemain pertama meraih lebih 100 kaps antarabangsa dengan 105 penampilan buat England dan ia masih kekal hingga kini. Wright juga mengetuai England 3 kali berturut-turut mara ke perlawanan akhir Piala Dunia iaitu pada 1950, 1954 dan 1958.
JACK CHARLTON (LEEDS UNITED)
| KENTAL... kehadiran Jack di barisan pertahanan menggerunkan penyerang lawan. |
Adik kepada lagenda Manchester United, Sir Booby Charlton, Jack adalah pemain yang setia dia Elland Road. Bermain sebagai pertahanan tengah, Jack merupakan ahli pasukan hebat Leeds era 1960an dan 70an dan beliau dilabel pertahanan tengah terbaik England pada era itu. Jack juga adalah ahli skuad emas Piala Dunia 1966 England selain disenaraikan Kesebelasan Terbaik Sepanjang Zaman Leeds United.
PAOLO MALDINI (AC MILAN)
| MALDINI... jersi no.3 miliknya disimpan Milan untuk kegunaan anaknya kelak. |
Lagenda yang kekal dalam sanubari penyokong AC Milan, Paolo Maldini. Anak kepada bekas hero Milan, Cesare, Paolo merupakan kapten pasukan yang kental mengawal barisan pertahanannya walaupun pada mula bermain sebagai pertahanan kiri. Maldini kekal sebagai simbol kelab. Skipper ini gagal memenangi Piala Dunia untuk Itali namun meraih pelbagai anugerah peribadi atas ketenangannya mengawal benteng pertahanan.
RYAN GIGGS (MANCHESTER UNITED)
Nama yang sebati dengan United. Kelibat pemain sayap Wales ini masih dapat dilihat hingga musim ini bagi mengetuai barisan muda United mempertahankan kejuaraan LPI. Namun, anak kelahiran Cardiff ini sebenarnya diintai Liverpool dan Manchester City sebelum Ferguson membawanya ke Old Trafford dan meraih 33 piala pelbagai kejuaraan bersama United. Ikon United selamanya. Tugu buat Giggs bakal menyusul.
TONY ADAMS (ARSENAL)
| ADAMS... lambang kehebatan Gunners. |
Kapten paling sukses dalam sejarah Gunners. Tony Adams menyertai Arsenal sejak dari bangku sekolah dan meneruskan karier gemilang sebelum mengetuai Arsenal meraih empat kejuaraan LPI, tiga Piala FA dan dua Piala Liga. Walaupun kekal di Arsenal, Adams disenaraikan antara 100 pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ketika beraksi untuk Gunners mahupun Three Lions.
JAMIE CARRAGHER (LIVERPOOL)
| CARRAGHER... menantikan detik mencapai trofi LPI sebelum tamat kariernya di Anfield. |
Selain nama-nama yang disebutkan di atas, terdapat ramai lagi pemain one club heroes seperti Francesco Totti, John Terry, Trevor Brooking, Matthew Le Tessier, Jimmy Armfield dan ramai lagi. Terus menyokong Putbolanews untuk lebih info bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Social Plugin