JENAKA BUAT WRIGHT-PHILLIPS, KENAPA BARTON?

SWP... rakan sepasukan, Anton Ferdinand duduk disebelah kerusi yang disediakan 'khas' buat Wright-Phillips.
Pemain sayap baru Queen Park Rangers nyata terkejut dengan kejutan yang diberikan kepadanya. Manakan tidak, pemain berketinggian 5 kaki 5 inci inci disambut dengan kerusi bayi yang tertera nama singkatannya pada kerusi itu. Ia adalah hadiah bermakna rakan sepasukan barunya di hotel sebelum perlawanan LPI menentang Wolves di Mouleneux.

BACALAH... bukan sahaja ilmu bertambah, lilitan kapten juga bakal jadi milik anda.
Dalam pada itu, penyerang QPR, Jay Bothroyd mempersoalkan pemberian lilitan kapten kepada Joey Barton menerusi laman sosial. Menurutnya, beberapa perkara termasuk gambar Barton membaca buku biografi pengurus, Neil Warnock, Made in Sheffield mungkin menjadi faktornya. Jadi, andai mahu jadi kapten pasukan, bacalah buku autobiografi pengurus.