 |
| TRAGEDI MUNICH... kembali berulang, menghantui Lokomotiv Yaloslavl. |
Tragedi udara Munich 1958 yang mengorbankan 23 pemain Manchester United, staf dan wartawan masih segar dalam memori pengikut sukan bola sepak dunia. Namun, tatkala ada yang hampir terlupa tragedi malang itu, satu lagi tragedi menyayat hati berlaku. Kali ini, pasukan hoki ais Rusia, Lokomotiv Yaloslavl menerima nasib malang itu. Tragedi ini dilaporkan berlaku ketika pesawat dalam perjalan ke Minsk, Belarus.
 |
| KENANGAN TERAKHIR... pasukan bergambar kenangan sebelum tragedi. |
Laporan awal menyebut seramai 36 orang yang berkaitan kelab dan tujuh orang krew terbunuh. Namun, ada dua penumpang terselamat dan berada dalam keadaan kritikal iaitu pemain sayap Lokomotiv,Aleksandr Galimov dan jurutera penerbangan, Aleksandr Sizov. United menerusi Ketua Eksekutif kelab, David Gill telahpun menghantar sokongan dan simpati terhadap nasib sama yang menimpa Lokomotiv.
 |
| MISI MENYELAMAT... pasukan keselamatan bertungkus-lumus mencari mangsa pesawat malang. |
 |
| PENGHORMATAN TERAKHIR... Presiden Rusia, Dimitri Medvedev meletakkan bunga di lokasi kejadian. |
Walauapapun yang terjadi, peristiwa sebegini jarang berlaku dan ianya sukar dielakkan lebih-lebih lagi andai faktor cuaca menjadi punca kemalangan. Salam takziah buat ahli keluarga Lokomotiv yang meninggal dunia.
 |
| PILU... suasana sedih menyelubungi gereja di Rusia. |
Social Plugin