WANG LEBIH UNTUK BOLA SEPAK YANG SANTAI, GYAN

AL AIN... Asamoah Gyan mengubah angin ke Timur Tengah secara pinjaman dari Sunderland.
Sukar dipercayai apabila seseorang pemain meninggalkan liga terbaik di dunia untuk bermain sebuah pasukan yang bermain dalam liga di UAE. Mungkin kelab ini pernah menjadi juara Piala AFC pada 2003 namun selepas itu, pasukan ini merudum dan kali terakhir bermain dalam Piala AFC pada 2007. Itulah Asamoah Gyan. Meninggalkan kelab semusim bagi bersama Al-Ain. 

RASMI... Gyan mendapar semula nombor kegemaranya selepas gagal di Sunderland.
Ini dilihat win-win situation apabila Sunderland dilaporkan turut mendapat durian runtuh dengan bayaran £6 juta bagi meminjamkan Gyan semusim. Sangat berbaloi bagi kelab dan paling berbaloi adalah Gyan sendiri. Mana tidaknya. Gaji yang dibayar Al-Ain kepadanya sama dengan gaji yang dibayar Manchester City kepada penyerang licik, Sergio Aguero iaitu sekitar £200 000 seminggu. Ia sekaligus meninggalkan John Terry, Steven Gerrard, Ashley Young, Luis Suarez jauh dibelakang.

LUMAYAN... perpindahan menguntungkan kelab dan Gyan serta Al Ain mungkin.
Gyan sememangnya diketahui masih belum cergas sepenuhnya dengan tempoh pinjaman ini dijadikan alasan Sunderland bagi mengembalikan kecergasan penyerang Ghana ini. Banyak perkara yang tersirat dan tersurat. gaji lumayan dan bola sepak yang mudah serta dihidangkan suasana bagaikan percutian di UAE pastinya menggamit Gyan menjadi lebih gian berada ni Asia Timur.