![]() |
BERTEKAK... beberapa penyokong Arab Saudi dan Indonesia mendesak agar pintu stadium dibuka. |
Ketika tiba, perlawanan hampir sahaja menginjak tamatnya separuh masa pertama dengan keputusan tanpa jaringan.
Bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai kedua-dua pasukan, penulis singgah dan melihat lebih seratus penyokong berkumpul di luar perkarangan stadium.
Namun, insiden menarik dapat disaksikan apabila penyokong Arab Saudi (rata-ratanya pelajar) bertekak dengan pengawai polis berpangkat koperal di pintu masuk.
Namun, insiden menarik dapat disaksikan apabila penyokong Arab Saudi (rata-ratanya pelajar) bertekak dengan pengawai polis berpangkat koperal di pintu masuk.
Bukan tidak jelaskan, berulangkali disuruh bersurai dan pulang, namun penyokong Arab Saudi itu masih cuba memujuk dan berkeras untuk masuk sambil puluhan penyokong Indonesia memperhatikan dan menunggu peluang sama namun masih gagal.
Sangat menjelikkan melihat aksi penyokong Timur Tengah ini. Sudahpun dikhabarkan ianya perlawanan tertutup namun disuruh pulang menggunakan bahasa Inggeris tidak faham, sehingga ada penterjemah (kalangan penyokong dari dalam stadium) menyuruh mereka pulang.

MENUNGGU... Walaupun telah tamat separuh masa, penyokong kedua-dua pasukan masih setia menunggu. |
Penulis difahamkan oleh pengawai polis, perlawanan ini memang diadakan secara tertutup bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku terutama sekali berhubung kes penderaan amah Indonesia di Arab Saudi. Jadi, sebab itulah Persatuan Bola Sepak Arab Saudi menyewa Stadium Shah Alam sebagai gelanggang berkecuali bagi melindungi keselamatan pemain mereka.
Hanya beberapa penonton yang datang awal (Indonesia dan Arab Saudi kiran-kira puluhan orang) sahaja diiringi pegawai pasukan masuk ke stadium. Kesudahannya, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
Hanya beberapa penonton yang datang awal (Indonesia dan Arab Saudi kiran-kira puluhan orang) sahaja diiringi pegawai pasukan masuk ke stadium. Kesudahannya, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
Social Plugin