SNAPSHOT: PEMBERSIHKAH PIQUE?

Kekentalannya mengawal barisan pertahanannya serta kekemasan mempertahankan kubu dari dibocori menjadikannya dikagumi. Itulah yang disifatkan buat pertahanan Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique. Namun, 'kekemasannya' diragut oleh seekor burung (kurang pasti spesisnya). 

JIJIK... inilah gambaran yang paling kurang enak dilihat peminat, Pique.
Mungkin teman wanitanya yang juga penyanyi terkenal, Shakira, perlu mengingatkannya betapa pentingnya menjaga kebersihan diri, bukan saja menerusi pakaian tapi kenderaan yang dipandu. Natijahnya, inilah yang berlaku kepada Pique apabila tiba di kawasan yang dipenuhi peminat dengan najis burung di depan kereta.