![]() |
| LAGENDA... Speed ditemui mati di rumahnya di Cheshire. |
Lagenda bola sepak Wales yang juga pengurus kebangsaan negara itu, Gary Speed mati dirumahnya semalam. Satu lagi kehilangan bintang dalam bola sepak dunia. Speed yang juga bekas skipper Wales ditemui mati di rumahnya dan disyaki membunuh diri.
Gary Speed sememangnya sinonim dengan bola sepak Inggeris selepas bermain untuk Leeds United, Everton, Newcastle United, Bolton Wanderers dan Sheffield United. Speed menjadi jurulatih di Sheffield pada 2010 sebelum dilantik menjadi pengurus the Blades menggantikan Kevin Blackwell yang dipecat selepas hanya tiga perlawanan. Pada Disember 2010, Speed dilantik sebagai pengurus Wales bagi menggantikan John Toshack sehingga semalam.
Kematian Speed amat mengejutkan kerana pengurus Wales ini muncul dalam siaran BBC1, Football Focus beberapa jam sebelum kematiannya. Satu kehilangan dalam bola sepak dunia.

Social Plugin