Muncul antara pemain terhebat sepanjang zaman, karier pemain sayap kelahiran Almada, Portugal ini mempunyai karier yang gemilang sepanjang penglibatan dua puluh tahun sebagai pemain bola sepak profesional. Pemenang Ballon d'Or ini pernah bermain buat Sporting Lisbon, Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan. Kesemua kelab ini adalah gergasi di Eropah.
| LAGENDA... Figo melambai ke arah penonton selepas menerima penghargaan UEFA di Estadio da Luz. |
Terbaru, bekas skipper Portugal ini menerima penghargaan dari UEFA kerana meraih lebih 100 kap buat negaranya. Terima kasih Luis Figo kerana menyerikan arena bola sepak antarabangsa. Ingatkah lagi anda pada balingan kepala babi oleh penyokong Barca yang marah dengan perpindahan Figo ke Real Madrid?
Social Plugin