![]() |
| PAKAR TAKTIKAL... Ong Kim Swee berjaya menempuh pelbagai cabaran sebelum menjulang Harimau Muda. |
Benar kata-kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee selepas perlawanan pertama peringkat kumpulan Sukan Sea 2011.
"Jangan menilai kami dari satu perlawanan. Kami tidak tewas dan hanya seri tetapi masih dikritik. Kalau mahu menilai kami tunggu sehingga habis kejohanan."
Ong Kim Swee
Itulah kata-kata azimat Ong Kim Swee. Dengan pelbagai dugaan seperti kecederaan pemain utama seperti Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat sebelum kejohanan, kekacauan penyokong fanatik Indonesia, diletakkan dalam kumpulan maut, kecederaan tonggak sebelum perlawanan akhir (Izzaq Faris, Syahrul Azwari, Wan Zaharul Nizam) tidak mematahkan semangat sang Harimau Muda.
![]() |
| KITA JUARA... Muslim mengetuai rakan-rakan menyambut gol kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar. |
Manakan tidak, sang Garuda Muda diaibkan di kandang mereka sendiri. Laungan kokokan ayam yang memenuhi stadium tidak kedengaran selepas wisel penamat dibunyikan. Seperti nampak musang. Hakikatnya Sang harimau jauh lebih berkuasa dari sang garuda. Mungkin garuda sudah patah sayapnya atau paruhnya mungkin?
Berdoa sebanyak mana pun jika sifat dendam dan iri hati ada dalam diri, doa tidak akan menjadi. Sebaliknya, doa orang teraniaya termakbul. Tidak cukup dengan mengubah jadual perlawanan sebanyak tiga kali, taktik kotor Indonesia sedikitpun tidak memberi kesan kepada Harimau Muda. Dari tapak latihan di padang bola sepak ke gelanggang tenis di kawasan hotel, andai kehebatan tetap ada, anda tetap juara!
![]() |
| KORBAN GBK... Inilah padahnya kerana terlalu fanatik sehingga maut dalam kesesakan. |
Terkepung dek lautan merah yang rata-ratanya ilmu dihujung rimba tidak melemahkan semangat sebaliknya menggoyangkan kepala lutu mereka untuk terus bertani dan buruh binaan. 'Lanun' yang dijangka menembak Sang Harimau dibaham Asra yang mudah menanduk ke gawang umpama peluru meriam menerjah kapal mereka. Akhirnya, Sang Garuda dan Lanun karam bersama ayam-ayam mereka.
![]() |
| JUARA BERTAHAN... Harimau Muda mempertahankan pingat emas, kebanggaan negara. |
Tahniah Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan kejuaraan pingat emas Sukan Sea. Tahniah buat Ong Kim Swee kerana berjaya membimbing anak muda ini mengharumkan nama dan maruah negara. Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Harimau Muda dan Harimau Malaya!




Social Plugin