TRANSFORMASI PETR CECH

CEKAP... Cech pada musim pertamanya di Stamford Bridge.
Malang tidak berbau. Namun, malang penjaga gol Chelsea, Petr Cech tetap tak bau-bau. Terbaru, perlanggaran dengan penyerang Blackburn Rovers, Aiyegbeni Yakubu dalam kemenangan tipis 1-0 di Ewood Park nyata membawa transformasi baru kepada penjaga gawang Chelsea ini.

LINDUNG... Cech mengenakan pelindung kepala ragbi selepas kembali dari kecederaan.
Cech yang dulunya tiba dengan 'sempurna' di Stamford Bridge mengalami keretakkan tengkorak kepala pada 2006 hingga menyebabkan penjaga gol antarabangsa Republick Czech ini diketepikan selama tiga bulan. Cech kemudiannya kembali dengan mengenakan pelindung kepala seperti yang digunakan pemain ragbi bagi melindungi kecederaan yang dialaminya.

TOPENG... Cech mengenakan topeng pertama kali ketika mewakili Republik Cech minggu lalu.
Pelanggaran dengan Yakubu membawa kepada transformasi baru bagi Cech. Kini, beliau perlu mengenakan topeng muka bersama-sama pelindung kepada. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang cuba membayangkan sut yang bakal dipakai Petr Cech beberapa musim lagi.

MUSIM DEPAN?... mungkinkah Petr Cech akan mengenakan pakaian seperti ini  musim depan?