GOL SENDIRI PALING MENARIK YANG PERNAH DISAKSIKAN?

Semua peminat bola sepak pastinya akan mengingati gol sendiri ini. Lupakan gol sendiri Le Dixon mahupun Frank Sinclair, pemain Sun Hei, kelab bola sepak dari Hong Kong, Festus Baise menempa nama menerusi jaringan sendiri akrobatik menarik buat lawannya, AA Citizen

MENARIK... aksi Baise ketika cuba menjaringkan gol yang menerjah gawang sendiri.
Ianya bermula apabila pemain Citizen cuba menghantar bola lintang masuk ke dalam kotak penalti Sun Hei. Baise yang berada dalam kotak penalti cuba menghalang dengan melakukan aksi akrobatik yang disangkanya mampu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Namun sebalik. Tahniah buat Baise kerana satu lagi gol sendiri menarik dicipta!