| LAWAN... Esteban cuba mempertahankan diri dari diserang penceroboh. |
Padah menimpa penjaga gol muda AZ Alkmaar, Esteban apabila menyerang semula penceroboh padang yang menyerangnya ketika perlawanan Piala Belanda semalam. Ia membabitkan perlawanan antara Alkmaar dan Ajax Amsterdam di Amsterdam Arena.
| CEROBOH... pengaruh alkohol dan benci pada Esteban punca pemuda ini masuk ke padang. |
Kejadian berlaku apabila penceroboh berusia 19 tahun cuba menyerang Esteban namun disedari penjaga gol dari Costa Rica itu yang kemudiannya menyerang-balas dengan melepaskan beberapa sepakan selepas pemuda itu terjatuh dalam serangannya. Lebih memburukkan keadaan, pengadil memberikan kad merah kepada Esteban dan refleksi dari ini, pengurus Alkmaar menyuruh pemainnya memprotes dan meninggalkan padang.
| PROTES... Pengurus AZ, Jan Verbeck menyuruh pemainnya meninggalkan padang selepas kad merah Esteban. |
Jawatankuasa Bola Sepak Belanda bakal mengadakan mesyuarat bagi menentukan keputusan perlawanan yang pada ketika itu baru menginjak ke-36. Terdapat tiga opsyen iaitu; pertama-baki perlawanan disambung (Ajax mendahului menerusi gol Gregory van der Wiel), kedua-perlawanan ulangan diadakan atau keputusan perlawanan kekal pada minit ia dihentikan. Dalam pada itu, penceroboh dilaporkan dipengaruhi alkohol dan akan digantung dari memasuki stadium seumur hidup dan paling penting, penceroboh itu mengakui dia sangat benci pada Esteban!
Social Plugin