KEMBALI... Carlo kembali selepas disingkirkan Chelsea, kini bersama PSG. |
Bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti akhirnya berjaya menamatkan zaman 'petik anggurnya' apabila dilihat tiba di Hospital Pitie-Salpetriere, Paris sebelum dilantik sebagai pengurus kelab kaya Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Ancelotti dijangka akan diumumkan secara rasmi sebagai pengurus PSG pada Jumaat atau Sabtu dan dibantu oleh bekas jurulatih bersamanya di Chelsea, Giorgio Ciaschini dan Giovanni Mauri. Selain itu, bekas tonggak Perancis dan Inter Milan, Sabri Lamouchi akan bersama dalam skuad kendalian Ancelotti.
BECKHAM... bakal ikut jejak Carlo yang pernah bersamanya di Milan. |
Nampaknya, kehadiran Ancelotti di Paris bakal membuka ruang kepada lebih ramai pemain bintang Eropah berpindah ke Perancis dengan nama tonggak pertahanan buangan Chelsea, Alex, David Beckham,Neymar dan beberapa lagi nama besar ke sini. Mampukah Ancelotti melakukan transformasi yang gagal dilakukan jurulatih terdahulu, Antoine Kombouare selepas membawa masuk beberapa nama besar seperti Javier Pastore, Jeremy Menez, Sabri Sirigu dan ramai lagi? Nasibnya mungkin tidak seperti di London...
Social Plugin