SELAMAT KEMBALI MARTIN O'NEILL

O'NEILL... tanggungjawab 'besar' kembalikan moral Black Cats.
Bekas pengurus Celtic dan Aston Villa, Martin O'Neill akhir kembali ke arena pengurusan. Kini berdepan tanggungjawab baru mengemudi pasukan yang berada satu tangga dari zon penyingkiran ke zon selamat. Itulah yang gagal dilakukan pengurus sebelumnya, Steve Bruce yang membawa masuk sebelas pemain baru dan menerima padahnya.

Namun, apakah yang perlu dilakukan O'Neill bagi mengembalikan moral pasukan yang jatuh merudum? 

1 - CARI FORMULA BARU

RAMAI... pembelian 'sepasukan' menjadikan pasukan kurang persefahaman.
Pembelian secara kuantiti berbanding kualiti sangat mengecewakan penyokong Black Cats. Jadi, tugas utama O'Neill adalah mencari formula baru bagi mendapatkan keserasian antara pemain Selain itu, prestasi pemain tengah, Stephen Sessegnon perlu digunakan sebaik mungkin pengurus berbangsa Scotland itu.

2 - TUKAR KETUA PASUKAN

O'SHEA... calon ideal skipper Sunderland dibawah rejim O'Neill.
Ketua pasukan sedia-ada, Lee Cattermole dilihat masih belum bersedia memikul tanggungjawab berat ini. Kehadiran bekas pemain Manchester United, John O'Shea dilihat sebagai calon ideal sebagai ketua pasukan baru. Disamping itu, beberapa nama lain juga boleh menjadi skipper Black Cats seperti Bendtner, Sessegnon, Kieran Richardson dan Connor Wickham mungkin...

3 - MENCARI PENYERANG BARU

GYAN... pemergiannya nyata beri kesan terhadap jentera serangan Sunderland.
Pemergian Darren Bent nampaknya masih diratapi pasukan. Dengan perpindahan pinjaman jutaaan pound Asamoah Gyan ke Al-Ain, Black Cats nyata tumpul di jentera serangan. Kehadiran Bendtner secara pinjaman sedikit membantu namun pemain muda seperti Wickham, Fraizer Campbell dan Ji Dong-won dilihat masih belum bersedia bermain di tahap bola sepak tertinggi. Harus diingat bahawa musim perpindahan Januari bukanlah masa terbaik membeli pemain...

Walau-apapun, pembelian baru seperti Sebastian Larrson nyata memberikan impak positif kepada pasukan. Nyata bekas pemain Arsenal dan Birmingham itu menjadi nadi penggerak serangan Sunderland sambil barisan pertahanan perlu mengurangkan kesilapan andai pasukan ini mahu kekal di LPI musim depan. Selamat Maju Jaya Martin O'Neill!