SUAREZ BIKIN PANAS LAGI

Belumpun reda isu perkaumannya terhadapa pertahanan Manchester United, Patrice Evra, penyerang sensasi Liverpool, Luis Suarez mencetuskan kontroversi lagi. Kali ini dalam aksi di Craven Cottage yang menyaksikan The Reds tewas 0-1. Kenapa Suarez begitu marah dengan penyokong Fulham?

SUAREZ... menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham di Craven Cottage.
Ini berpunca dari laungan 'penipu' oleh penyokong Cottages kerana Suarez konsisten 'berlakon' menjatuhkan diri apabila diasak. Dek kerana terlalu marah dilabel sedemikian, penyerang antarabangsa Uruguay itu menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham selepas tamat perlawanan. Terlalu mengikut emosi, Suarez perlu lebih bijak mengawalnya pada masa akan datang.


* Kali ini Suarez pastinya tidak akan terlepas dari tindakan disiplin FA.