YAYA TOURE PEMAIN TERBAIK AFRIKA 2011

TERBAIK... Yaya Toure diumumkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2011.
Tiada Didier Drogba, Samuel Eto'o, Michael Essien mahupun Emmanuel Adebayor. Lupakan mereka semua kerana pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast, Yaya Toure membuktikan kini dirinya adalah pemain terbaik di benuanya. 

PIALA FA... medal sulung Toure dalam musim pertamanya di LPI.
Toure hari ini diumumkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2011 dengan meninggalkan pencabar terdekat yang juga bekas rakan sepasukannya, Seydou Keita dan pemain muda meningkat naik Olympique Marseille, Andre Ayew. Kemenangan ini merupakan tonik terbaik Toure dalam usaha membantu kelabnya meraih kejuaraan liga musim ini. Aksi hebat dalam kejuaraan liga dan kemenangan Piala FA merupakan faktor utama kemenangannya. Mampukah Toure mempertahankan anugerah ini musim depan?