| KALI KETIGA... Lionel Messi merakamkan kejuaraan hatrik Ballon d'Or menerusi prestasi mengagumkan. |
Sukar digugat dan diakui sememangnya hebat! Itulah kelibat penyerang FC Barcelona dan Argentina, Lionel Messi. Penyerang genius ini semalam dianugerahkan Ballon d'Or buat tiga tahun berturut-turut. Bersaing hebat dengan pemecah rekod jaringan La Liga musim lalu, Cristiano Ronaldo, pencapaian hebat Messi dan Barcelona adalah sebab kukuh mengapa dia dipilih pemain terbaik dunia sambil rakan sepasukan, Xavi di tempat ketiga.
| ANUGERAH PUSKAS... gerakan gol dari tengah padang yang cantik menjadi pilihan juri. |
Sementara itu, penyerang Manchester United, Wayne Rooney gagal memenangi anugerah gol tercantik menerusi gol bicycle kick dalam aksi LPI selepas penyerang muda Brazil, Neymar dianugerahkan Anugerah Puskas untuk gol terbaik itu. Namun kekecewaan Rooney terubat apabila dia dan rakan sepasukan, Nemanja Vidic dipilih dalam kesebelasan utama pilihan FIFA.
Dalam kategori wanita, Homare Sawa mengejutkan pilihan utama, Marta di tempat kedua apabila dipilih sebagai Pemain Wanita Terbaik Dunia selepas membantu Jepun memenangi Piala Dunia Wanita 2011, memenangi Bola Emas kejohanan serta Kasut Emas dengan lima gol. Tempat ketiga pula diduduki oleh pemain Amerika Syarikat, Abby Wambach.
| HEBAT... pakar taktikal FC Barcelona ini calon paling layak memenangi anugerah ini. |
Pengurus cemerlang FC Barcelona, Pep Guardiola pula dipilih sebagai Pengurus Terbaik FIFA dengan kejayaan menjuarai Piala Kelab Dunia, Liga Juara Juara Eropah, La Liga dan trofi domestik lain. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berada di tempat kedua manakala pengurus bersuara lantang, Jose Mourinho ketiga. Berikut adalah senarai anugerah lain dan pemenangnya:
Jurulatih Terbaik Wanita: Norio Sasaki
Anugerah Presidential FIFA: Sir Alex Ferguson
Kesebelasan Terbaik FIFA:
Iker Casillas (Real Madrid), Dani Alves (Barcelona), Gerard Pique (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Nemanja Vidic (Man Utd), Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd)
Gol Terbaik - Anugerah Puskas (Neymar/Santos)
Social Plugin