SHAQUEEL VAN PERSIE DILAMAR GUNNERS?

SHAQUEEL... dikatakan mewarisi bakat bapanya dan kini menjadi tumpuan The Gunners.
Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itulah diibaratkan anak kepada kapten Arsenal, Robin van Persie, Shaqueel. Baru berusia 5 tahun, akhbar Inggeris melaporkan minat majikan van Persie bagi membawa masuk Shaqueel ke akademi remaja Arsenal. Satu khabar gembira buat penyokong Arsenal.

Namun, ia dilihat menjadi sedikit masalah apabila van Persie memberi gambaran bahawa dia lebih berminat membawa anaknya menyertai akademi La Masia, akademi terunggul milik milik kelab Catalan, FC Barcelona. Dengan rundingan sambungan kontrak penyerang kebangsaan Belanda ini menemui jalan buntu, tidak mustahil
jika pada hujung musim ini atau sebelum tamatnya perpindahan Januari ini kita melihat van Persie beraksi untuk FC Barcelona. Lihat sahaja berapa ramai bakat Arsenal ke Nou Camp.