20 KELAB TERKAYA DUNIA: REAL TERUSKAN PENGUASAAN


GALATICOS... Real Madrid terus catat keuntungan terbesar dan kekal pasukan terkaya dunia.
Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid mengekalkan tahta kelab paling kaya di dunia namun paling mengejutkan apabila kelab Jerman, Schalke 04 berada dalam kedudukan 10 kelab terkaya dunia. Kejayaan mara lebih jauh dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah dan kejayaan menggondol Piala Raja Sepanyol membantu pertumbuhan keuntungan Madrid yang dianggarkan sekitar €479.5.

Berada di belakang Madrid adalah seteru utamanya, FC Barcelona dan diikuti juara Inggeris, Manchester United. Pertumbuhan kewangan Barca semakin baik dimana penjaan Qatar Faoundation di jersi pastinya akan meningkatkan lagi pendapatan kelab pada musim 2011-12. Berbeza dengan Barca, United dijangka akan mengalami penyusutan pendapatan dek kerana kegagalan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah. Hanya dengan prestasi cemerlang dalam LPI dan Piala Europa akan menampung kekurangan keuntungan semasa kelab.

Menurut rekod, tujuh kedudukan utama kelab terkaya dunia tidak berubah dari tahun lepas tatkala beberapa kelab Inggeris yang berada dalam kedudukan 20 terbaik musim lalu jatuh seperti Aston Villa, Newcastle United, Everton, West Ham United dan Sunderland. Pengurangan pendapatan itu melihat kelab dari Jerman, Itali dan Sepanyol mendominasi kedudukan 20 pasukan terkaya.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai kedudukan kelab terkaya Eropah: -
  • Real Madrid mendominasi kedudukan teratas buat tahun ketujuh berturut-turut.
  • Namun, Real memerlukan satu musim lagi untuk menandingi rekod Manchester United yang mendominasi selama lapan musim berturut-turut.
  • Schalke merupakan kelab paling meningkat (dari kedudukan ke-16 - 10)
  • Kedudukan 10 kelab terkaya terdiri dari empat negara berbeza.
  • Kedudukan tujuh pasukan terkaya tidak berubah dari musim lalu.

20 Kelab Terkaya (Keuntungan) Deloitte

1. Real Madrid €479.5 juta
2. Barcelona €450.7 juta
3. Manchester Utd €367 juta
4. Bayern Munich €321.4 juta
5. Arsenal €251.1 juta
6. Chelsea €249.8 juta
7. Milan €235.1 juta
8. Inter €211.4 juta
9. Liverpool €203.3 juta
10. Schalke €202.4 juta
11. Tottenham €181 juta
12. Man City €169.6 juta
13. Juventus €153.9 juta
14. Marseille €150.4 juta
15. AS Roma €143.5 juta
16. Dortmund €138.5 juta
17. Lyon €132.8 juta
18. Hamburg €128.8 juta
19. Valencia €116.8 juta
20. Napoli €114.9 juta

* Keuntungan kelab musim 2010-11