PENANTIAN LIVERPOOL BERAKHIR, JUARA PIALA CARLING

JUARA... pemain Liverpool meraikan kemenangan bersejarah mereka di Wembley.
Penantian Berakhir! Itulah yang dapat digambarkan buat pasukan Merseyside, Liverpool FC selepas berjaya menundukkan Cardiff City di Stadium Wembley. Kemenangan The Reds berharga itu diperolehi dnegan jalan sukar selepas Cardiff liat menafikan anak buah Kenny Daglish menang dalam 90 minit perlawanan.

SEPUPU... Steven cuba menenangkan Anthony tatkala kedua-dua mereka gagal menyempurnakan penalti.
Namun, kegagalan sepupu skipper The Reds, Steven Gerrard, Anthony menyempurnakan penalti menghadiahkan pasukan itu kejuaraan ke-8 dalam sejarah pertandingan. Keputusan penuh, Cardiff City 2, Liverpool 2. Syabas buat Liverpool tatkala bekas penyerang mereka, Fernando Torres terus kemarau trofi di peringkat kelab.