ANGKARA MENGENAKAN WARNA KERAMAT INTER

GUARDIOLA... mengenakan skaf pemberian rakannya sebelum perlawanan.
Kelmarin, pengurus muda berbakat, Pep Guardiola terus berjaya mengemudi Juara Dunia, FC Barcelona menewaskan Bayer Leverkusen di BayArena 3-1 sekaligus membuka jurang defisit yang besar apabila menanti kunjungan gergasi Jerman itu. 

BIRU DAN HITAM... warna skarf dililitan lehernya mencetuskan spekulasi media.
Namun, Guardiola mencetuskan spekulasi dengan gambaran dia bakal menyertai Inter Milan selepas pengurus berbangsa Sepanyol itu mengenakan skarf berwarna hitam dan biru, warna kebanggaan penyokong Nerazzurri. Guardiola mempertahankan tindakannya dengan memberitahu media bahawa skarf itu adalah pemberian rakannya. Tiada membawa sebarang maksud tersirat. Untuk rekod, kontrak Guardiola bersama FC Barcelona bakal tamat pada penghujung musim ini dan dia dilaporkan berminat menyertai Inter, Chelsea dan Manchester United.