![]() |
| PUSING... Þorsteinsson melakukan balinagn cara pelik dalam Piala Kirin. |
Sememangnya bola sepak tidak akan terhenti. Pasti setiap hari akan ada sahaja perlawanan berlangsung di seluruh dunia. Pelbagai skil dan kawalan bola menarik disajikan pemain khas buat penyokong mereka. Namun, ada sesuatu yang lebih menarik dilakukan pemain Iceland dalam Piala Kirin.
Dalam aksi Jepun menentang Iceland, pemain Iceland, Steinþór Freyr Þorsteinsson menunjukkan cara balingan bola ke dalam padang dengan gaya akrobatik menarik. Aksi ini biasanya dilihat selepas pemain menjaringkan gol. Namun, lihat sahaja aksi Þorsteinsson ini. Mampukah anda melakukan aksi ini?
AMARAN: Jangan tiru aksi ini jika anda sendiri tidak mampu lakukannya.

Social Plugin