BEREBUT JERSI LEO, 2 PEMAIN BAKAL HADAPI TINDAKAN

TERLAKSANA... Kadlec berjaya mendapatkan jersi Messi selepas perlawanan tamat.
Angkara berebut jersi pemain terbaik dunia, dua pemain Bayern Leverkusen bakal dikenakan hukuman apabila aksi mereka menukar jersei dengan bintang FC Barcelona itu telah menarik perhatian pihak pengurusan. Dua pemain itu adalah Manuel Friedrich dan pertahanan kiri, Michael Kadlec.

TAMBAH KOLEKSI... Friedrich mendapatkan jersi Puyol selepas berjaya mendapatkan jersi Messi.
Friedrich berjaya memintas Kadlec pada rehat separuh masa pertama apabila berjaya mendapatkan jersi Messi sebelum Kadlec berjaya mendapatkannya selepas tamat perlawanan tatkala Friedrich menukar jersi dengan skipper kelab Catalan, Carles Puyol. Pengarah sukan Leverkusen, Rudy Voller pastinya tidak akan melepas duo ini. Apa agaknya bentuk hukuman yang akan dikenakan kerana hal sebegini?