EURO 2012: JERSI AWAY PORTUGAL, SEPANYOL

Selepas England, Perancis dan Belanda memperkenalkan jersi bagi Kejohanan Eropah, kini giliran Portugal dan juara bertahan, Sepanyol memperkenalkan jersi tempat lawan (away) mereka. Kali ini, Nike melakukan sedikit sentuhan berbeza dalam rekaan jersi ini dengan meletakkan tanda silang (tanda salib) besar di bahagian depan jersi. Ia dilengkapkan dengan ruang udara di bahagian tepi.




Namun, penulis menasihat kepada penyokong bola sepak beragama Islam supaya tidak memakai jersi ini kerana tanda salib pada logo dan corak jersi terbabit. Tidak salah menyokong tetapi jangan sampai menggadaikan akidah kita sebagai umat Islam.

Berbeza dengan Portugal, Juara Dunia dan Eropah, Sepanyol menukar sedikit warna asal jersi away apabila menggunakan warna biru cair dan digabungkan sedikit dengan warna biru gelap. Ia berbeza dengan jersi yang dipakai pasukan La Roja itu ketika menjuarai Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010. 


Beberapa pemain Sepanyol telahpun menyatakan hasrat mereka dengan berharap agar perubahan warna jersi ini akan memberikan mereka lebih tuah dalam kejohanan pertengahan tahun ini. Selalunya, orang akan menukar warna jersi kerana dianggap 'sial' tetapi Sepanyol meninggalkan warna yang memberikan kemenangan kepada mereka dan berharap lebih tuah dengan warna baru. Bertuahkan warna baru mereka ini?