JOHN GUIDETTI: JANGAN TANGGALKAN JERSI LAGI

PADAH... Guidetti 'terlupa' akan kad kuning yang diterima sebelumnya sebelum disingkirkan.
Penyerang Feyenoord yang dipinjam dari Manchester City, John Guidetti pastinya akan mengingati perlawanan minggu lalu apabila dia dibuang padang kerana kad kuning kedua. Ianya berlaku selepas penyerang muda itu menanggalkan jersi ketika menyambut jaringannya menentang pasukan pertengahan, RKC Waalwijk. Natijahnya, Feyenoord terlepas peluang berada di puncak Eredivise kerana melepaskan gol minit terakhir perlawanan selepas penyingkiran Guidetti!