![]() |
| HELLO KITTY... Friedel hanya menyaksikan kucing yang sempat kenyit mata apabila gambarnya dirakam lensa. |
Pertembungan menarik antara Liverpool dan Tottenham awal pagi tadi pastinya disaksikan oleh jutaan penonton bola sepak seluruh dunia. Namun, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku di padang. Penyokong kedua-dua pasukan bersama-sama menyanyikan "kucing, kucing, kucing, kucing, kucing" apabila seekor kucing masuk ke padang.
Menariknya, kucing itu berlari ke arah penjaga gol Spurs, Brad Friedel dan penjaga gol veteran itu menunjukkan jalan keluar yang betul kepada kucing terbabit. Lebih menarik lagi, terdapat penyokong yang mencipta satu akaun Twitter dengan nama 'Anfield Cat' atau 'Kucing Anfield' dimana akaun itu sahaja telah memiliki lebih 16 000 pengikut sejak berlakunya insiden itu awal pagi tadi.
Persoalannya, siapa punya angkara bila perkara ini berlaku kerana di stadium tiada satupun haiwan peliharaan dibenarkan dibawa masuk masuk ke stadium. Atau mungkin juga ada pemain yang menyeludup kucing untuk digunakan ketika menyambut gol? Apa juga boleh berlaku dalam bola sepak.



Social Plugin